Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam perlembagaan dipertikai - Anwar

Saya tak mahu jadi PM jika prinsip dalam perlembagaan dipertikai - Anwar

MUAR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dipertikai.

Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.
"Siapa yang boleh pertikai kepimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, Bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu, tidak ada.

"Kawan-Kawan kita dalam DAP, MIC, MCA bahkan PKR yang bukan Melayu tidak pernah pertikai itu dan saya tidak mahu jadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikai,” katanya.

Belia berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani Pilihan Raya Kecil (PRK) N13 Simpang Jeram di Sungai Abong di sini pada malam Ahad yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching serta calon PH bagi kerusi itu, Nazri Abdul Rahman.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!