Dalam Kenangan : Pelakon Drama Bersiri Popular Nizen Ayob meninggal dunia...Innalillahiwainnailaihirrojiun


Dalam Kenangan : Pelakon Drama Bersiri Popular Nizen Ayob meninggal dunia...Innalillahiwainnailaihirrojiun


Arwah merupakan bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim ketiga dan membawa watak sebagai Inspektor Nizam dalam drama bersiri popular Gerak Khas. Seorang anak seni yang sangat baik hati dan lemah lembut. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah


Genap 3 Tahun pelakon drama bersiri Gerak Khas Nizen Ayob meninggalkan kita. PELAKON drama bersiri Gerak Khas melalui watak Inspektor Nizam iaitu Saiful Nizen Ayob atau Nizen Ayob, 33, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, 11.15 pagi tadi.


Bekas peserta program realiti Pilih Kasih musim ketiga ini dipercayai meninggal dunia berpunca daripada kegagalan fungsi buah pinggang selepas mengalami demam denggi 


Pelakon, Salina Saibi, melalui Instagram berkata, dia dimaklumkan mengenai pemergian Nizen oleh kakak ipar arwah.


"Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana masalah buah pinggang.


"Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor," katanya.


Sebelum ini, Nizen yang juga cucu seniman veteran Allahyarham S Roomai Noor pernah mendakwa di Instagram bahawa dirinya disihir pihak tertentu pada awal tahun lalu.


Nizen memuat naik beberapa keping foto berupa objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti serta paku berkarat selain kecederaan di dahinya ketika berubat.


Disebabkan masalah itu, Allahyarham pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam bagi merawat penyakit misteri itu pada awal Mei tahun sama.


Innalillahiwainnailaihirrojiun, sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!