Lans Koperal maut tertembak leher sendiri


Lans Koperal maut tertembak leher sendiri

"Sebelum kejadian mangsa dipercayai menghantar pesanan mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp ingin membunuh diri. Dipercayai mangsa(29 tahun) mempunyai masalah peribadi"



MUAR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas disyaki menembak diri dalam kejadian di tempat letak kenderaan di Jalan Abdullah di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu ditemui meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher kira-kira pukul 11.18 pagi di dalam kereta jenis Proton Preve miliknya.


Difahamkan, mangsa bertindak membunuh diri kerana tertekan dengan masalah peribadi.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai menghantar pesanan mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp ingin membunuh diri.


“Polis Ibu Pejabat Daerah Muar menerima satu maklumat pada pukul 8.20 pagi berkaitan seorang anggota polis ingin membunuh diri melalui khidmat pesanan WhatsApp.

“Bertindak atas maklumat, satu operasi mengesan dan mencari mangsa dijalankan sebelum anggota terbabit ditemui di tempat letak kenderaan di pekan Muar dengan kesan tembakan pada leher,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, polis turut menemukan sepucuk pistol jenis Revolver .38 berada bersama mayat si mati dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!