Belilah apa dihajati dengan bantuan RM200 ini - MAINJ

Belilah apa dihajati dengan bantuan RM200 ini - MAINJ

JOHOR BAHRU - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM1.2 juta dalam Program Dapur Asnaf setahun bagi membantu 6,000 golongan asnaf seluruh negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan bebanan kos bulanan berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.


"Setiap keluarga asnaf akan diberi peluang berbelanja barangan dapur dengan peruntukkan RM200.

"Program Dapur Asnaf iaitu program belanja kepada asnaf, di mana asnaf ini akan di bawa ke pasar raya atau kedai yang berhampiran untuk membeli barang keperluan harian.


"Sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan bagi tahun 2023, boleh dimanfaatkan oleh 6,000 asnaf di seluruh Johor bersamaan RM120,000 diperuntukkan bagi setiap daerah yang boleh dimanfaatkan oleh 600 asnaf.

"Bantuan ini diberikan kepada asnaf yang benar-benar terkesan yang dilaporkan oleh amil kawasan," katanya ketika Program Dapur Asnaf MAINJ di Pasaraya Mydin di Taman Rinting di sini pada Selasa.


Menurut Mohd Fared, walaupun golongan fakir miskin ini menerima saraan bulanan dengan jumlah tertentu, namun kenaikan harga barangan menambah beban bulanan mereka.

"Bagi mengurangkan tekanan ini MAINJ membuat rutin supaya setiap daripada mereka digilirkan dalam Dapur Asnaf.

"Mereka berpeluang beli barang keperluan i yang mereka hajati dengan peruntukan RM200 bagi sesi pembelian.

"Tidak hadkan makanan atau kesihatan. Belilah apa yang diperlukan dengan nilai ini," katanya.





@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!