Lelaki tumbuk muka makcik yang didakwa memancing ikan di kolam dalam kawasan tanahnya


Lelaki tumbuk muka makcik yang didakwa memancing ikan di kolam dalam kawasan tanahnya

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki memakai tshirt hitam menumbuk muka seorang wanita tua yang dikatakan memancing ikan di kolam dalam kawasan tanahnya.

Menurut sumber, kolam tersebut adalah kolam ternakan ikan milik tuan tanah. Tuan tanah yang juga merupakan seorang anggota polis dikatakan berang apabila makcik tersebut masih memancing ikan di kolam kawasan tanahnya walaupun sudah berkali-kali melarangnya.

Video tersebut mendapat pelbagai kecaman warganet atas tindakan tuan tanah yang tidak berperikemanusiaan. Jika benar makcik tu bersalah kerana ceroboh kawasan tuan tanah sebaiknya serahkan saja kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya. - Agensi












@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!