Berang ditegur hisap dadah, lelaki tumbuk kepala isteri

Berang ditegur hisap dadah, lelaki tumbuk kepala isteri

PADAWAN – Seorang lelaki ditangkap kerana menumbuk isterinya, disebabkan berang ditegur menghisap dadah di rumah.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1 petang, 27 Ogos lalu di rumah sewa mereka di Matang Jaya.

Katanya punca kejadian disebabkan mangsa menegur suspek kerana membawa kawannya datang ke rumah untuk menghisap dadah, menyebabkan kawan suspek balik.

“Ekoran itu, suspek marah dan terus bertindak agresif dengan menumbuk mangsa berkali-kali di bahagian kepala.

“Mangsa kemudian melarikan diri masuk ke dalam bilik untuk mengelak daripada terus dipukul oleh suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Akibat itu, Abang Zainal berkata mangsa yang berusia 23 tahun mengalami pendarahan pada mata kiri dan lebam pada bahagian kepala.

Susulan itu, beliau berkata pada 28 Ogos lalu, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan berjaya membuat tangkapan ke atas suspek berusia 26 tahun di rumah sewanya.

Katanya suspek yang juga penganggur kini ditahan di lokap Balai Polis Beratok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!