Guru besar ditahan SPRM minta dan terima rasuah RM 10,000



Guru besar ditahan SPRM minta dan terima rasuah RM 10,000


Seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ]awangan Kluang selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000, tahun lalu.


Suspek lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Kluang kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas hadir bagi memberi keterangan.



Difahamkan, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pengusaha kantin di sekolah tempatnya bertugas sebagai dorongan memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.


Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.



Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!