Ugut bakar kereta bekas teman wanita kerana putus cinta

Ugut bakar kereta bekas teman wanita kerana putus cinta

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai 19 rekod jenayah dan tiga daripadanya masih dikehendaki."

AMPANG JAYA: Seorang lelaki mengugut mahu membakar kenderaan dan mencederakan bekas teman wanita kerana enggan meneruskan hubungan percintaan.

Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam Rabu lalu, ketika wanita berusia 27 tahun itu berada di rumahnya di Pandan Perdana dihubungi suspek berusia 42 tahun mengugut mahu merosakkan kenderaan dan mencederakan mangsa.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki di sebuah Residensi di Kuala Lumpur, kelmarin.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai 19 rekod jenayah dan tiga daripadanya masih dikehendaki.

“Ujian saringan awal air kencing juga dapati positif dadah jenis THC dan Amphetamine,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!