Rakyat dinasihatkan supaya berhenti salahkan kerajaan - Pakar Ekonomi

Rakyat dinasihatkan supaya berhenti salahkan kerajaan - Pakar Ekonomi

"Tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, akan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat." katanya

SHAH ALAM - Semua pihak di Malaysia termasuk rakyat dan pengusaha industri perlu bersatu hati membawa negara ini keluar daripada kemelut ekonomi dan tidak boleh lagi sekadar menyalahkan kerajaan semata-mata dalam isu berkenaan.

Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, akan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat.


“Ramai yang lekas menyalahkan kerajaan, salah pemimpin dahulu dan pemimpin sekarang. Pemikiran kita dibelenggu dengan sempadan yang sempit, mesti salah kerajaan.

“Yang lebih terbelenggu akan melompat ke cerita politik. Itulah segalanya, jawapan untuk Malaysia.

“Saya yakin setiap kita, rakyat, industri atau pemilik firma dan kerajaan semua ada bahagian masing-masing yang membawa Malaysia ke sini. Tidak mungkin kerajaan sahaja,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Tambah Noor Azlan, meskipun tidak semua manfaat pembangunan negara dapat dinikmati oleh semua rakyat, akan tetapi Malaysia mempunyai pengalaman dan asas pembangunan yang hebat.

Jelas beliau, semua pihak kini perlu bersama-sama menyemarakkan usaha membawa keluar Malaysia keluar daripada segala kekurangan ekonomi.

“Malaysia punya pengalaman dan asas pembangunan yang hebat. Kita ada potensi untuk melonjak. Kita ada kekuatan. Masih ada ruang tetapi mesti bermula segera.

“Tanya diri kita, apa yang boleh kita lakukan? Sudahlah berbalah. Cukuplah. Mari bersama kita jaga negara kita,” ulasnya.






@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!