Berita Penuh - Enggan bertanggungjawab, lelaki tembak kekasih hamil hingga maut


Enggan bertanggungjawab, lelaki(17 tahun) tembak kekasih hamil hingga maut dengan senapang angin

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh teman wanitanya sendiri setelah bertengkar kerana enggan bertanggungjawab selepas mangsa didapati mengandung.

Kejadian berlaku pada 23/04/2023 apabila suspek bersama rakan sebayanya pergi menemui teman wanitanya bernama Ria Puspita, mangsa menjelaskan bahawa dirinya sedang mengandung dan pertengkaran mulut tercetus.


Suspek bertindak agresif dengan menampar serta menolak mangsa hingga terjatuh sebelum menembak mangsa menggunakan senapang angin sebanyak dua kali hingga maut.


Suspek bersama rakannya menyumbat mayat mangsa ke dalam kereta dan membuang mayat tersebut ke dalam sungai.

(gambar di atas merupakan suspek utama yang membunuh kekasihnya)

(gambar di atas ialah rakan suspek)

Menurut keterangan keluarga mangsa, mangsa ada memaklumkan kepada mereka untuk keluar bertemu suspek kerana ada urusan penting dan sejak keluar daripada rumah mangsa tidak pulang sama sekali membuatkan keluarga mangsa bimbang dan membuat laporan polis.

Keesokkan harinya, pihak polis berjaya menemui mayat mangsa di lokasi tidak jauh daripada rumah suspek. Suspek serta rakannya berjaya ditahan polis dan berdepan hukuman penjara seumur hidup. Namun memandangkan kedua suspek ini di bawah umur berkemungkinan hukuman dapat diringankan. - Agensi



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!