Anwar menyeru umat Islam perbanyakkan membaca Al Quran

Anwar menyeru umat Islam perbanyakkan membaca Al Quran

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam untuk memperingati peristiwa Nuzul al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan al-Quran.

Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau bersempena Nuzul al-Quran yang disambut esok berkata, kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang haq dan batil.


Beliau berkata, ia juga sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.

"Mudah-mudahan mukjizat agung ini akan memberikan syafaat kepada kita semua di akhirat kelak, Insya-ALLAH," katanya.

Anwar berkata, dalam bulan Ramadan juga terdapat peristiwa besar seperti Perang Badar pada tahun kedua Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah yang menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda. - Bernama

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!