Polis rampas rokok seludup, minuman keras RM19 juta

Polis rampas rokok seludup, minuman keras RM19 juta

"Kita sentiasa komited dalam usaha memerangi jenayah kontraban serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi."



KUALA LUMPUR - Polis merampas pelbagai jenis rokok seludup, minuman keras dalam tin dan botol tidak bercukai bernilai RM19 juta menerusi 21 serbuan Op Kontraban sejak Januari hingga Selasa lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, seramai 43 individu telah ditahan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

"Dalam operasi itu, kita merampas 351,680 batang rokok, 290,008 tin dan 2,200 botol minuman keras.

"Kita turut merampas 27 kenderaan antaranya 11 buah lori, enam kereta, empat van, dua kenderaan pacuan empat roda dan empat buah forklift," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noorsiah berkata, dalam tempoh sama, operasi yang dijalankan bersama Wildlife Crime Bureau, Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) telah melancarkan sebanyak 24 serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM18.17 juta melalui Op Tiris yang mensasarkan kegiatan penyelewengan barangan kawalan.

"Seramai 76 orang ditahan dalam operasi itu, kita merampas 60 buah kenderaan terdiri daripada 51 buah lori, empat buah forklift, dua kenderaan pacuan empat roda dan masing-masing sebuah kereta, van Dan motosikal," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 387,800 liter diesel dan 14,756 kilogram minyak masak.

"Kita sentiasa komited dalam usaha memerangi jenayah kontraban serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi.

"Operasi di antara PDRM dengan pelbagai agensi penguatkuasaan lain akan diteruskan," katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!