Meninggal dunia selepas 28 hari tidak diberi makan



Seorang wanita warga emas(88 tahun) meninggal dunia selepas 28 hari tidak diberi makan dan minum oleh penjaganya di sebuah rumah jagaan.


Anak yang kecewa mendakwa ibunya, Sarene Taylor, 88, dimasukkan ke hospital selepas diserang strok sebulan lalu dan doktor memberitahu, dia tidak dapat diselamatkan lagi.


Rob Taylor yang juga bekas pegawai polis luar bandar Wales Utara itu berkata, ibunya dihantar ke rumah jagaan dari hospital.


Beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan bukan sesuatu yang dijangkakan pada tahun 2023.


"Saya memahami penjagaan akhir hayat, malah penjaga dan jururawat sudah melakukan yang terbaik tetapi menafikan makanan dan minuman kepada ibu sangat tidak patut. Kita sebagai masyarakat perlu memastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.



Dalam video penuh emosi beberapa hari sebelum kematian ibunya, Taylor menggambarkan situasi dahsyat itu.



Katanya, ibu mempunyai kehidupan hebat tetapi malangnya empat minggu lalu dia dimasukkan ke hospital di Wales Utara kerana strok.


"Saya menghabiskan masa bersamanya dan Isnin lalu doktor memberitahu saya bahawa tiada apa lagi yang boleh mereka lakukan dan dia diberi penjagaan akhir hayat.


"Saya menghabiskan banyak masa bersamanya tetapi kerana ada urusan lain saya terpaksa pergi ke tempat lain dan dijangkiti Covid-19 menyebabkan tidak dapat segera kembali. Pada Rabu, saya diberitahu kami terpaksa membawanya keluar hospital sebelum membawanya ke rumah jagaan," katanya.


Katanya, ibu masih hidup selama 24 dan 25 hari tanpa sebarang makanan dan air serta titisan IV.


Ibunya yang berbaring atas katil di rumah jagaan dipantau oleh jururawat setiap hari dan mereka melakukan kerja yang cemerlang tetapi etika ditetapkan bagi penjagaan akhir hayat hanya dibiarkan mati perlahan-lahan kerana dehidrasi dan kekurangan zat makanan.



Pengarah Jururawat Komuniti Kesihatan Bersepadu Timur Lembaga Kesihatan Universiti Betsi Cadwaladr, Andrea Hughes mengucapkan takziah kepada keluarga Taylor atas kehilangan itu.


Walaupun tidak dapat mengulas mengenai kes itu secara terperinci, beliau berkata, pihaknya berhubung setiap hari dengan Taylor mengenai penjagaan ibunya dan sedang menjalankan siasatan.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!