Pemuda mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas


Pemuda mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas

"Tertuduh mohon agar hukuman diringankan memandangkan tertuduh hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM350 seminggu dan perlu menanggung kedua ibu bapa."


MELAKA - Seorang pemuda yang juga pekerja restoran asam pedas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas tuduhan merakam gambar pelanggan premis itu sedang membuang air kecil mengggunakan telefon bimbit.

Muhammad Azizi Hazim Kamarudin,18, membuat pengakuan itu sejurus selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.


Bagaimanapum mahkamah belum menjatuhi hukuman ke atas lelaki terbabit kerana masih menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetapkan 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di restoran terbabit di Jalan PM3, Plaza Mahkota, di sini, kira-kira jam 3.35 petang,pada 14 November lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh kerana perbuatannya telah mengaibkan mangsa dan mencadangkan jaminan RM8,000.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertama yang dilakukan anak guamnya selain pemuda itu telah insaf atas perbuatan tersebut.

Ujar Muhammad Izzzuddin, tertuduh hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM350 seminggu dan perlu menanggung kedua ibu bapa.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak JKM.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!