22 tahun miliki kad pengenalan palsu, warga Indonesia didenda RM5,000.


22 tahun miliki kad pengenalan palsu, warga Indonesia didenda RM5,000.

"Kelicikan seorang pekerja salun warga Indonesia menggunakan kad pengenalan palsu sejak 22 tahun lalu membawa padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret"

MELAKA: Kelicikan seorang pekerja salun warga Indonesia menggunakan kad pengenalan palsu sejak 22 tahun lalu membawa padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Linda Crystal, 38 tahun, selepas dia mengaku salah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh turut berdepan dengan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Linda yang berasal dari Bandung, Indonesia, membayar denda itu selepas hukuman dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki kad pengenalan palsu atas nama Tan Bee Bee beralamat A-G 6028 Macap Umboo Baru, Alor Gajah, Melaka.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, JPN, cawangan Pusat Transformasi Bandar, UTC, Melaka pada jam 1 petang, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, kesalahan tertuduh dikesan selepas pihak JPN di cawangan UTC Melaka membuat semakan dan mendapati kad pengenalan yang dimiliki Linda tidak terdapat di dalam sistem jabatan berkenaan.

Soal siasat terhadap tertuduh akhirnya mengaku telah mendapatkan kad pengenalan tersebut dengan harga RM1500 ringgit dan menggunakannya sejak berusia 16 tahun.

Linda juga memiliki Kad Kartu Randa penduduk Republik Indonesia.

Linda yang berkahwin dengan warga tempatan itu didakwa di bawah Peraturan 25 kurungan 1 kurungan e Akta Pendaftaran Negara 1990.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai pendakwa JPN, Ahmad Amirul Ahmad Jamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!