VIDEO - Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian

Polis buru dua lelaki disyaki samun klinik pergigian

"Suspek telah mengambil sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai hampir RM2,000 dan seutas rantai emas."


KUALA LUMPUR - Polis memburu dua lelaki kerana disyaki terlibat menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bangi, di sini, petang Isnin.

ACKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata. pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian selain satu video tular berkaitan klinik berkenaan yang memaparkan dua lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang telah masuk dan merompak kakitangan serta pelanggan di premis itu.

"Suspek telah mengambil sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai hampir RM2,000 dan seutas rantai emas.

"Dalam kejadian ini, kesemua mangsa yang berada di dalam premis itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam Isnin.

Mohd Zaid berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata.




Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan. - Bernama

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!