Wanita dibvnuh dalam bilik hotel bajet, dijerut dengan tali

Wanita dibvnuh dalam bilik hotel bajet, dijerut dengan tali

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lilitan di leher dipercayai akibat dijerut dengan menggunakan tali. Suspek iaitu teman lelaki mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan"


Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di sebuah hotel bajet di Jalan Alor, kelmarin.

Wanita berusia 36 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di lantai bilik hotel berkenaan oleh pekerja premis terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 9.56 malam.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lilitan di leher dipercayai akibat dijerut dengan menggunakan tali.

"Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengesan seorang lelaki dipercayai teman lelaki mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek warga asing berusia 27 tahun berjaya ditahan di sekitar Sentul, semalam.

"Polis menemukan salinan pasport yang sudah tamat tempoh. Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!