VIDEO - Pemandu maut, kemalangan kereta, lori tangki di Pantai Remis


Pemandu maut, kemalangan kereta, lori tangki di Pantai Remis

"Lelaki berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tangki yang berusia 38 tahun turut cedera."


BERUAS: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Kampung Segari, Pantai Remis, dekat sini, pagi ini

Lelaki berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tangki yang berusia 38 tahun turut cedera.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.03 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dan sebuah kereta jenis Perodua Axia.


“Pemandu Perodua Axia tersepit dan disahkan maut di lokasi oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.




Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Subli Mohd Yusof itu tamat jam 7.25 pagi.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!