VIDEO - Isteri tak pandai guna pistol cuba tembak suaminya 13 kali namun gagal


Isteri gagal cuba tembak suami 13 kali kerana suaminya curang

"Suspek menjerit mahu menembak suaminya sebanyak 13 kali namun gagal kerana suspek tidak begitu mahir menggunakan pistol tersebut. "

Seorang isteri bertindak menembak suaminya sendiri apabila hubungan sulit suaminya bersama wanita lain terbongkar. 

Kejadian berlaku jam 10 pagi di kediaman mereka ketika si suami hendak keluar mencari makanan sebelum isteri mangsa melepaskan 1 das tembakan dari arah belakang. 

Mangsa terjatuh dan terbaring kesan daripada tembakan itu. Suspek menjerit mahu menembak suaminya sebanyak 13 kali namun gagal kerana suspek tidak begitu mahir menggunakan pistol tersebut. 

Pasangan ini telah bersama selama 1 tahun dan tidak pernah menghadapi konflik besar seperti ini. 

Mangsa walaubagaimanapun sempat melarikan diri dengan mengesot masuk ke dalam lif dan mendapat bantuan daripada orang ramai sebelum dihantar ke hospital. 

Mangsa membuat laporan polis dan mendakwa pistol tersebut bukan miliknya dan motif kejadian adalah kerana suspek menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.




Suspek yang menghilangkan diri kini diburu polis. - Agensi

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!