VIDEO - Bapa kutip mainan dari tong sampah untuk bahagiakan anak, tak kisah apa orang nak cakap


Bapa kutip mainan dari tong sampah untuk bahagiakan anak, tak kisah apa orang nak cakap

"Orang cakap tak malu ke kutip sampah bagi dekat anak, aku tak kisah, yang penting anak-anak aku bahagia" - Bapa

Tular satu video di media sosial hari ini yang menyentuh perasaan warganet seorang bapa sanggup mengutip mainan daripada tong sampah, dibersihkan sebelum dihadiahkan kepada anaknya. 

Menurut si bapa, beliau berbuat demikian hanya mahu membahagiakan anaknya memandangkan beliau tidak mampu membelikan anaknya mainan baru seperti orang lain.

"Orang cakap tak malu ke kutip sampah bagi dekat anak, aku tak kisah, yang penting anak-anak aku gembira" - Bapa

Begitulah pengorbanan seorang bapa, yang sanggup melakukan apa saja demi membahagiakan anaknya walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan si bapa yang sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan anak-anaknya. 

@shahrulrizal50:seorang ayah sgp buat ape sja demi ank2 nya.. Allahuakbar...semoga abng dimurahkan rezeki selalu...aminn ya allah

@razali_hashim:terbaikkkkkkk bro...sya pn pernah jumpa mainan dlm tong sampah bwk blik cuci bg ank main...




@Analily:abg seorg ayah yg trbaik..👨..bertuah adik2 ni punya ayah yg sgt sygkn mereka... semoga besar nnti selalu kenang jasa seorg ayah yep... amin 🤲

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!