Peniaga burger maut, gerai dirempuh Hilux

Peniaga burger maut, gerai dirempuh Hilux

"Hilux hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. Keadaan itu menyebabkan ia merempuh gerai burger, pelanggan serta empat kenderaan yang diparkir di bahu jalan berhampiran gerai berkenaan," katanya.

Raub: Peniaga burger maut selepas gerainya dirempuh sebuah Toyota Hilux dalam kejadian di Kilometer 342 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bahru berhampiran simpang Sungai Pasu, dekat sini, malam tadi.

Kemalangan yang membabitkan lima kenderaan pada jam 11 malam itu turut mengakibatkan sembilan pelanggan termasuk isteri dan bayi peniaga burger yang berusia lapan bulan cedera.

Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, mangsa, Mohamad Ariff Anuar Khan, 32, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala sembilan mangsa lain cedera.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat Toyota Hilux yang dipandu dari arah bandar Raub menghala ke Kuala Lipis hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

"Keadaan itu menyebabkan ia merempuh gerai burger, pelanggan serta empat kenderaan yang diparkir di bahu jalan berhampiran gerai berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pemandu serta penumpang Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raub untuk bedah siasat.

"Mangsa lain yang ada di antara mengalami kecederaan parah dan ringan turut dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, pemandu serta penumpang Toyota Hilux ditahan di lokap Balai Polis Raub untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333 & 334) pindaan 2020.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!