Warga emas panjat siling rumah elak ditahan berkhalwat


Warga emas panjat siling rumah elak ditahan berkhalwat

"Warga emas berkenaan mendakwa ke rumah wanita itu untuk mengutip sewa rumah."


KOTA BHARU: Warga emas lelaki berusia 73 tahun sanggup memanjat siling rumah setinggi lebih satu meter bagi mengelak ditahan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah (BPUS) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) yang melakukan Ops Banteras untuk mencegah maksiat sempena Hari Malaysia, malam tadi.

Bagaimanapun, tindakan warga emas itu berjaya dihidu apabila dia ditahan pada jam 11.45 malam kerana berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 40-an di sebuah rumah di bandar ini.


Warga emas berkenaan mendakwa ke rumah wanita itu untuk mengutip sewa rumah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, ketika diserbu seorang wanita membuka pintu sebelum pasukan membuat pemeriksaan dan mendapati seorang lelaki warga emas memanjat siling rumah.


Beliau berkata, pasangan berkenaan kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

"Sementara itu, dalam operasi di hotel bajet di bandar ini turut menahan lima lagi individu yang berusia 20-an termasuk dua pasangan yang berada di dalam sebuah bilik, jam 5.10 pagi.

"Dua pasangan yang juga penuntut sebuah kolej mendakwa mereka menginap di hotel itu untuk membuat tugasan berkumpulan yang diberikan oleh pensyarah.



"Penguat kuasa agama juga terpaksa menunggu lebih setengah jam sebelum pasangan terbabit membuka pintu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Bil (1) 2019.

Mohd Fadzuli berkata, operasi berkenaan akan diteruskan dan menasihatkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan maksiat.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!