VIDEO - Rezeki ikan tapah 50kg terkena tajur.


Rezeki ikan tapah 50kg terkena tajur.

"Kira-kira 15 pekerja ladang berkongsi duit untuk membeli ikan tapah berharga RM1,250 daripada saya dan mereka teruja kerana sejak berkerja di Malaysia inilah kali pertama mereka melihat ikan tapah yang bersaiz besar," katanya.

Slim River: "Saya ingatkan buaya semasa melihat tajur yang dipasang di Sungai Bernam ditarik kuat pada 7 pagi tadi," kata pengawal keselamatan, Roslan Yatim Mustapa, 58.

Roslan berkata, tajur itu dipasang dengan berumpankan ikan keli dan mengena ikan tapah seberat 50 kilogram (kg) di tebing sungai.

Dia berkata, ketika menghampiri kawasan tajur, dia nampak air sungai berombak dan tajurnya yang diikat pada sebatang pokok terapung-apung di permukaan air.

Katanya, melihat keadaan itu dia berhati -hati kerana takut buaya yang memakan umpan pada tajur.

"Pelahan-lahan saya menghampiri tajur dan menariknya dengan berhati-hati sambil dibantu anak lelaki saya, Amri yang mengemudi bot.

"Bila saya angkat dan tarik tajur lalu ternampak kelibat ikan tapah membuat saya berasa lega," katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Sepanjang 30 tahun menjadi nelayan darat, inilah ikan tapah yang paling besar ditangkap di sungai berkenaan.

Harga pasaran ikan terbabit boleh dijual kira-kira RM40 sekilogram namun dia menjual sambil bersedekah kepada mereka yang berminat dengan ikan air tawar.

Dia berkata, ikan tapah itu dijual kepada pekerja ladang kelapa sawit yang terdiri warga asing dengan harga RM25 sekilogram saja.

Menurutnya, pada awalnya dia bercadang hendak menjual kepada pemilik restoran di pekan Slim River namun selepas dipujuk oleh sekumpulan pekerja ladang, dia bersetuju menjual kepada mereka.

"Kira-kira 15 pekerja ladang berkongsi duit untuk membeli ikan tapah berharga RM1,250 daripada saya dan mereka teruja kerana sejak berkerja di Malaysia inilah kali pertama mereka melihat ikan tapah yang bersaiz besar," katanya.




Roslan berkata, walaupun dia menjual dengan harga lebih murah namun tetap bersyukur kerana di samping memperolehi pendapatan atau dianggap bonus, dia juga boleh melakukan amal jariah.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!