Lelaki bakar anak dan isteri selepas lihat mangsa tonton video lucah


Lelaki bakar anak dan isteri selepas lihat mangsa tonton video lucah

“Mendapati isterinya menonton video lucah di telefon bimbit, seorang suami beremosi sehingga mencurah petrol ke atas wanita itu lalu menyalakan pemetik api. Ini mengakibatkan isteri dan anaknya yang duduk berhampiran melecur,” katanya

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar isteri dan anaknya selepas melihat wanita itu menonton video lucah pada telefon bimbit.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Sidoarjo, Wahyu Bintoro dalam hantaran di akaun media sosial rasmi.

Lelaki itu dikatakan seorang penduduk di Sukodono, wilayah Jawa Timur.

Kejadian berlaku Ahad lalu selepas lelaki berkenaan yang dikatakan terlalu beremosi, bertindak menyimbah petrol ke atas isterinya lalu menyalakan pemetik api.

“Mendapati isterinya menonton video lucah di telefon bimbit, seorang suami beremosi sehingga mencurah petrol ke atas wanita itu lalu menyalakan pemetik api. Ini mengakibatkan isteri dan anaknya yang duduk berhampiran melecur,” kata Wahyu.


Pelaku bernama MTA, 29, manakala isterinya, WS, 29, dan anaknya MAP, 6.

Selepas menyimbah petrol, MTA menyalakan tisu dan melemparkannya ke arah WS. Kedua-dua mangsa yang melecur segera keluar dari rumah dan sempat diselamatkan oleh penduduk setempat.

Jiran mangsa bernama To mengaku ternampak kedua-dua mangsa dari dalam rumah meminta tolong dengan melambai tangan. 

Menurut To, tidak lama kemudian, pelaku membawa isteri dan anaknya untuk mendapatkan rawatan ke klinik berhampiran.

“Keluarga mangsa tidak dapat menerima kejadian itu dan melaporkan kes kepada polis. Pelaku juga sempat melarikan diri dan mengugut jika kes itu dilaporkan,” kata To. – AGENSI

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!