Abang temui ajal, motosikal dua beradik bertembung


Abang temui ajal, motosikal dua beradik bertembung

"Abangnya yang juga cedera parah pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas."


PADAWAN--Seorang abang menemui ajal selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan motosikal yang ditunggang adiknya dalam kejadian di Jalan Mambong di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa Wellter ak Rippu,26, bekerja sebagai buruh yang menunggang motosikal Honda Wave maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Adiknya,Terry ak Rippu,18, yang menunggang motosikal Honda EX5 cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, berdasarkan maklumat daripada keluarga, ketika kejadian mangsa sedang mencari adiknya yang keluar memancing.

Menurutnya, pertembungan itu dipercayai berpunca daripada kedua-dua motosikal yang tidak mempunyai lampu hadapan.

"Kemalangan berlaku semasa motosikal ditunggang adiknya dari arah Kuching menuju ke Kampung Sikog. 


"Apabila sampai Jalan Mambong, dan sedang bergerak lurus motosikal ditunggang dilanggar motosikal ditunggang abangnya yang tiba-tiba masuk ke laluannya dari arah Kampung Sikog," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,akibat dari pelanggaran itu adiknya cedera parah di bahagian kepala dan dihantar menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak(HUS).

"Abangnya yang juga cedera parah pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas.

"Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak(HUS)  untuk tindakan selanjutnya,"ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!