‘Bella tergelincir tertarik picu air panas’ Peguam Siti Bainun teruk kena kecam netizen



‘Bella tergelincir tertarik picu air panas’ Peguam Siti Bainun teruk kena kecam netizen



Masih terfikir sehingga kini logik akal dari kenyataan peguam bela OKT tersebut yang mendakwa adik Bella, melecur anggota badan akibat terkena air panas semasa berlari lalu tergelincir dan tertekan ‘button’ air panas dengan sendiri?


Mesin mesin penapis air Cuckoo atau jenama apa pun diluar sana telah dilengkapi ‘child lock’ dan amat mustahil adik Bella mampu menekan button ‘child lock’ dalam waktu yang sama semasa beliau tergelincir.


Jika benar seperti dakwaan peguambela OKT ini, sia sia sahaja pereka penapis air berperah otak untuk mencipta anti keselamatan kanak kanak pada setiap mesin penapis air.


Wajar dan logik akal? Bukan aku ingin mengambil alih tugas seorang hakim atau menjadi nitizen yang hanya kecam tidak berlandaskan fakta, itu jauh sekali. Aku ikuti kes ini dari tahun lepas bukan semalam. Tidak wajar dan aku yakin jika mahkamah arahkan untuk lakonkan babak kejadian ini sekali lagi, ia takkan berhasil seperti dakwaan peguambela OKT tersebut.


Maaf sebagai rakyat Malaysia, kali ini aku terpanggil untuk menegur kehakiman negara. Aku berharap kes ini telus tanpa ada pihak yang cuba melindungi OKT tersebut. Aku percaya dan hormati badan kehakiman negara tetapi ingatlah, rakyat sentiasa memerhati dan menegur kelemahan negara untuk memastikan setiap kelemahan dibaik pulih demi melihat nama Malaysia digeruni dimata dunia.



Buat pejuang – pejuang adik Bella, Terima kasih untuk kalian terutamanya Puan Mona Din yang sekian lama mempertahankan keadilan adik Bella, terima kasih juga buat Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleda yang amat prihatin. Keprihatinan Tunku serta Che puan telah membuktikan kasih dan sayang pihak Istana Johor kepada golongan istimewa istimewa ini. Tunduk hormat kami pada kalian. Tidak lupa juga rakyat Malaysia yang fight habis habisan untuk keadilan adik bella ini. Ramai lagi fighter – fighter adik bella yang tidak mampu disebut nama disini.


Ada asbab sebenarnya Allah hadirkan kalian – kalian ini. Kita tidak mahu tragedi yang menimpa adik adam disana berulang kembali. Kalian amat beruntung. Demi berakhir azab kesakitan yang sekian lama ditanggung oleh adik bella ini tanpa kita sedari. Tidak sanggup hendak menulis kezaliman – kezaliman tertuduh disini.


Semoga kemenangan berpihak pada adik Bella! Sama sama kita doakan. Aaminn Allahumma Aaminn.

Sumber : Fazly Hassan



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!