Wanita malas buat pusingan U disaman



Wanita malas buat pusingan U disaman

"Wanita berkenaan tidak membuat pusingan U di hadapannya sebaliknya melanggar pembahagi jalan untuk masuk ke laluan bertentangan.

LUMUT - Gara-gara terlewat masuk kerja, seorang wanita bertindak memandu laju dan mengambil jalan pintas dengan melanggar pembahagi jalan untuk ke laluan bertentangan dalam kejadian di Seri Manjung di sini.


Menerusi video berdurasi 24 saat yang tular di media sosial memaparkan wanita yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 memandu laju di hadapan deretan kedai sebelum melanggar pembahagi jalan untuk ke tempat kerja.




Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, berdasarkan video itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik berjaya mengesan pemilik kenderaan terbabit yang berusia 40-an.


"Wanita berkenaan tidak membuat pusingan U di hadapannya sebaliknya melanggar pembahagi jalan untuk masuk ke laluan bertentangan.


"Kita dimaklumkan ini bukan kejadian pertama kali berlaku di kawasan itu, pernah dua atau tiga kali dilaporkan sebelum ini," katanya ketika ditemui pada Khamis.


Menurutnya, wanita berkenaan memberi alasan bahawa dia tergesa-gesa mahu ke pejabat.


"Satu saman telah dikeluarkan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



"Kita berterima kasih kepada orang awam yang prihatin menyalurkan maklumat kejadian yang boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya lain," katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!