Mengaku rogol remaja bawah umur(13 tahun)


Mengaku rogol remaja bawah umur(13 tahun)

"Lelaki(22 tahun) berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan. Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh."


Kuala Terengganu: Buruh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol remaja bawah umur yang dikenalinya menerusi media sosial.

Tertuduh, Ahmad Amirul Ariff Razali, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa, 13, di rumah di daerah ini, 7 malam 11 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!