VVIP didakwa tanam ganja keliling rumah dibebaskan

VVIP didakwa tanam ganja keliling rumah dibebaskan

"Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan polis memohon reman kedua selama tujuh hari, namun tidak dibenarkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas beliau berpuas hati, antara lain tiada bukti untuk mengaitkan individu berkenaan dengan apa-apa kesalahan."

KUALA LUMPUR: Seorang bekas diplomat yang ditahan bersama anak lelakinya kerana didakwa menanam ganja di Janda Baik, Pahang, dibebaskan hari ini.
Ia selepas polis gagal mendapatkan reman kali kedua terhadap bekas diplomat berkenaan daripada Mahkamah Majistret Bentong.


Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan polis memohon reman kedua selama tujuh hari, namun tidak dibenarkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas beliau berpuas hati, antara lain tiada bukti untuk mengaitkan individu berkenaan dengan apa-apa kesalahan.

Bekas diplomat berkenaan, yang juga bekas Duta Malaysia ke Indonesia ditahan pada 21 Mei lalu dan direman selama tujuh hari.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja membabitkan hampir 100 batang pokok terlarang itu.

Dia direman sehingga 28 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!