TULAR - Staff pukul lelaki yang dituduh mencuri mee segera di 7E dikecam netizen


Staff pukul lelaki yang didakwa mencuri mee segera di 7E dikecam netizen 

"Seorang lelaki beruniform yang berada di sebelah kakitangan Prasarana itu juga dilihat memukul lelaki itu."


SATU video yang memaparkan kekasaran seorang lelaki dipercayai kakitangan Prasarana terhadap seorang lelaki berbangsa India di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven tular di media sosial pada Selasa.


Menurut maklumat yang dikongsi orang awam, kakitangan Prasarana itu memukul lelaki tersebut kerana didakwa ingin mencuri.


Menerusi video tersebut, dia dilihat memukul kepala pemuda itu sambil memarahi dan menyuruhnya untuk melakukan pembayaran.


Seorang lelaki beruniform yang berada di sebelah kakitangan Prasarana itu juga dilihat memukul lelaki itu.


Orang ramai mengecam tindakan kakitangan Prasarana itu dan menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atasnya.





Setakat ini, lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan dan masih belum terdapat kenyataan daripada pihak polis mahupun Prasarana berhubung insiden itu.


Difahamkan Prasarana akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu - kredit Majoriti


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!