Tanah runtuh: 15 rumah rosak, 4 mangsa tertimbus


Tanah runtuh: 15 rumah rosak, 4 mangsa tertimbus

AMPANG – Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan selepas berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Teratai, Taman Bukit Permai di sini sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.52 petang sebelum pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, sebanyak 15 buah rumah terkesan akibat kejadian tanah runtuh ini dan dua daripadanya telah tertimbus.

“Hasil maklumat awam, terdapat empat mangsa dilaporkan masih tertimbus dan salah seorangnya telah berjaya ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, usaha menyelamatkan mangsa sedang dilakukan dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!