Suami isteri maut motosikal langgar lori


Suami isteri maut motosikal langgar lori

“Motosikal dinaiki pasangan tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kiri lori berkenaan,” katanya


ALOR SETAR – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan di Batu 20 Kampung Bukit, Pokok Sena di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa, Johari Che Saad, 59, dan isterinya, Latipah Mohamad, 55, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian berlaku ketika pasangan tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pokok Sena dari Naka dalam daerah Padang Terap.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lori itu sedang mengundur dan dalam keadaan melintang di atas jalan serta diawasi kelindan yang menjaga lalu lintas.

“Motosikal dinaiki pasangan tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kiri lori berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!