Rugi RM25,000, warga emas disamun dua lelaki



Rugi RM25,000, warga emas disamun dua lelaki


"Menurutnya, kejadian samun berlaku pada jam 9 pagi tadi yang mana dua lelaki bersenjatakan parang menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa berusia 77 tahun menggunakan gunting."


Kuala Lumpur: Wanita warga emas kerugian RM25,000 selepas barangan kemas disamun di Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, polis mengesan video tular di media sosial mengenai kejadian samun berkawan.


Menurutnya, kejadian samun berlaku pada jam 9 pagi tadi yang mana dua lelaki bersenjatakan parang menarik dua utas rantai leher dan memotong dua utas gelang tangan mangsa berusia 77 tahun menggunakan gunting.


"Suspek melarikan diri menaiki motosikal Yamaha Y15 berwarna biru hitam dengan nombor pendaftaran palsu.


"Mangsa mengalami kecederaan luka di tangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, anggaran kerugian adalah sebanyak RM25,000.


"Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.


"Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!