Lazada 12.12

Malaysia tidak mampu laksana ‘lockdown’


Malaysia tidak mampu laksana ‘lockdown’

"Malaysia tidak lagi mampu melaksanakan sekatan pergerakan atau lockdown bagi mengekang penularan wabak Covid19 dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat."


PETALING JAYA – Malaysia tidak lagi mampu melaksanakan sekatan pergerakan atau lockdown bagi mengekang penularan wabak Covid19 dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, strategi kerajaan kini untuk menyekat penularan wabak tersebut adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.

“Tidak dinafikan pendekatan China (melaksanakan lockdown) berkesan.

“Namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau ‘zero Covid’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif,” kata Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempertikai kredibilitinya dalam menguruskan pandemik Covid-19.

Kenyataan itu juga menjawab gesaan King Sing mengenai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk melepaskan jawatannya ketika beliau didakwa tidak layak hanya kerana bergelar ‘pakar bedah’ dan bukan ‘pakar kesihatan awam’.

Dalam ciapan itu, Khairy Jamaluddin turut menyertakan tangkap layar laporan berita menyebut “Yuzhou : Second Chinese city forced into Covid lockdown” (Yuzhou : Bandar China kedua dikenakan sekatan pergerakan Covid).

Beliau berkata, negara juga berjaya mengurus kes positif dengan berkesan di mana tahap vaksinasi meningkat, penjagaan prosedur operasi standard (SOP) dan pelaksanaan #TRIIS agar kadar kematian menurun.

“Penggunaan ICU juga menurun dan kemasukan hospital.

“Noor Hisham juga mendapat sokongan penuh daripada saya untuk menjalankan tugas sebagai KPK Malaysia,” ujarnya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)