Pegawai penjara dikecam guna banduan basuh kereta



Pegawai penjara dikecam guna banduan basuh kereta



“Banduan boleh basuh buat apa basuh sendiri,” tulisnya di ruangan Facebook


SHAH ALAM - Tindakan seorang penjawat awam yang dikatakan menyiarkan gambar dalam Facebook mengenai seorang banduan mencuci kereta miliknya telah diserang warganet pada Sabtu.



Menerusi status Facebook tersebut, pegawai penjara itu didakwa menyuruh banduan berkenaan melakukan sesuatu untuk kepentingan peribadinya.


“Banduan boleh basuh buat apa basuh sendiri,” tulisnya di ruangan Facebook miliknya pada Sabtu.



Justeru, rata-rata warganet meluahkan perasaan kesal melihat sikap pegawai berkenaan yang seolah-olah mempersendakan kedudukan seseorang, malah mencemar nama baik jawatan tersebut.


Seorang pengguna lama media sosial Facebook, Ali Omar berkata, setinggi mana pun darjat seseorang itu, jangan sesekali merendahkan darjat orang lain.


“Setinggi mana darjat kita, pangkat kita, kemewahan kita, jangan ada sedikit pun dalam hati kita menghina dan merendahkan orang lain. Semoga insan yang cuci kereta itu sentiasa berada dalam lindungan ALLAH dan dimurahkan rezeki,” katanya.


Turut senada, Eyka Nora, memberitahu, pangkat itu bukan kemegahan tetapi tanggungjawab di bahu yang perlu digalas.


“Tinggi mana kita pergi jangan lupa pandang ke tanah. Meskipun dia banduan dia tetap manusia. Pengakhiran kita bukan dilihat dari pangkat atau darjat. Lidah kalau tak boleh berkata baik-baik lebih baik diam. Hormat orang lain,” tulisnya.



Bagi Camija Ct pula, dia beranggapan tindakan pegawai berkenaan biadab kerana menghina seseorang itu berdasarkan kedudukan.


“Satu je perkataan aku nak cakap ‘biadab’. Sekurang-kurangnya dia cari rezeki halal untuk sara hidup dia. Banduan pun manusia biasa,” ujarnya.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!