Lelaki buat kacau di HKL alami penyakit bipolar

Lelaki buat kacau di HKL alami masalah mental



Lelaki buat kacau di HKL alami penyakit bipolar

"Hasil siasatan mendapati individu tersebut berada di Jabatan Kecemasan HKL bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit bipolar mood disorder."


KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seorang lelaki yang dirakam menjerit dan menyanyi di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pada Khamis mengalami gangguan mental.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 47 saat berkenaan yang dimuatnaik oleh pemilik akaun TikTok bernama Zackroyeo sekitar jam 4.11 petang pada Jumaat.


"Hasil siasatan mendapati individu tersebut berada di Jabatan Kecemasan HKL bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit bipolar mood disorder.


"Kejadian tersebut berlaku pada Khamis jam lebih kurang 8.30 malam dan kereta peronda (MPV) telah menghala ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan pusat kawalan daerah Dang Wangi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Noor Dellhan berkata, individu tersebut berjaya ditenangkan dan dibawa masuk ke dalam wad untuk menerima rawatan.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan klip video berkenaan untuk mengelakkan kegusaran awam.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!