PARTI LIAR: 22 TERMASUK 4 WANITA DITAHAN, POSITIF DADAH


PARTI LIAR: 22 TERMASUK 4 WANITA DITAHAN, POSITIF DADAH


"Mereka berkumpul dan berhibur sambil mendengar muzik dengan semuanya berada di bawah pengaruh dadah jenis ketamin," katanya


BATU PAHAT - Keseronokan 22 individu berhibur dalam parti liar selama dua hari dengan menyewa sebuah inap desa di Taman Pura Kencana, Sri Gading di sini terbantut apabila diserbu polis awal pagi semalam.

Dalam serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 1.30 pagi, mereka sedang berkumpul dan berhibur sambil mendengar muzik.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menahan mereka yang terdiri daripada 18 lelaki dan empat wanita berusia antara 16 hingga 23 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 22 orang berada dalam rumah teres dua tingkat berkenaan yang disewa selama dua hari.

"Mereka berkumpul dan berhibur sambil mendengar muzik dengan semuanya berada di bawah pengaruh dadah jenis ketamin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kompaun juga dikeluarkan terhadap mereka di bawah Peraturan 17(2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!