Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas


Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas

Yan: Jasad kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai tergelincir ke Sungai Kampung Perupok, ditemukan lemas hari ini.

Jasad Mohd Hafiz Izzan Awari, 6, ditemukan jam 10.05 pagi oleh penduduk kampung yang turut membantu pencarian mangsa sejak jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa ditemukan di Kampung Setar kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Menurutnya, dengan penemuan jasad mangsa operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

"Operasi turut dibantu pelbagai agensi termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah yang disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk pengecaman dan bedah siasat," katanya ketika ditemui di lokasi SAR Kampung Perupok, di sini, hari ini.

Bapa, Awari Md Daud, 34, dan ibu mangsa, Faryhanun Mohd Sujak, 36, tidak dapat menahan sebak selepas anak ketiga dari lima beradik ditemukan.

Dalam kejadian semalam, kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Kampung Perupok.

Untuk rekod, operasi SAR membabitkan pelbagai agensi penyelamat mula dilakukan selepas pihak berkuasa menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.45 petang.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!