MALAYSIA HARI INI

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita maut kebakaran mungkin ada elemen jenayah


Wanita maut kebakaran mungkin ada elemen jenayah

GEORGETOWN – Pasukan bomba tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah melibatkan kematian seorang wanita dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah premis di Jalan Kerian di sini petang tadi.

Mayat mangsa berusia 44 tahun yang berasal dari Sabah itu dikatakan masih berada di tempat kejadian untuk siasatan pasukan forensik polis.

Difahamkan, wanita tersebut bukannya orang kelainan upaya (OKU) seperti yang dilaporkan sebelum ini dan punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya telah menyerahkan siasatan berhubung kejadian berlaku kepada pasukan polis sebentar tadi.

“Kita difahamkan, mangsa yang ditemui dalam keadaan melecur pada bahagian atas badan tinggal di bilik tersebut sejak tiga tahun lalu.

“Mayatnya masih berada di tempat kejadian dan pasukan bomba telahpun selesai memadamkan kebakaran yang berlaku pada pukul 3.30 petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.


Menarik Di Telegram


JANGAN LUPA SHARE ARTIKEL INI KEPADA KELUARGA DAN RAKAN ANDA! SUPAYA MEREKA JUGA TAHU APA YANG ANDA TAHU



LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Super Shopping Day! 30% Cashback!