Penunggang basikal maut dirempuh lori kurier


Penunggang basikal maut dirempuh lori kurier

“Ketika cuba melintas, sebuah lori kurier gagal mengelak mangsa dan telah melanggar bahagian belakang basikal berkenaan."



ALOR GAJAH – Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah lori kurier di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah- Jasin (AMJ) Sungai Petai di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa, Mohamad Dinin Mohd. Yusof, 63, meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa cuba melintas pembahagi jalan untuk membuat pusingan U.

“Ketika cuba melintas, sebuah lori kurier gagal mengelak mangsa dan telah melanggar bahagian belakang basikal berkenaan.

“Akibat kemalangan itu mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan awal di lokasi mendapati, kemalangan berlaku di lorong jalan lurus dan menurun bukit.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!