Kerana cinta ditolak, Buruh ladang (24 tahun) didakwa bunuh wanita Thailand yang ditemui dalam longkang dengan keadaan separuh bogel


Kerana cinta ditolak, Buruh ladang (24 tahun) didakwa bunuh wanita Thailand yang ditemui dalam longkang dengan keadaan separuh bogel

GUA MUSANG – Seorang buruh ladang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ibu tunggal warga Thailand di hadapan sebuah kedai runcit, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nur Izzat Zulfaqar Mat Jusoh, 24, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Miss Sitipadimoh Adae, 44.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di hadapan sebuah kedai runcit di Jalan Relai, di sini kira-kira pukul 12.30 hingga pukul 1.30 petang pada 5 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes, serahan laporan kimia dan bedah siasat.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, perasaan cemburu akibat cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif seorang wanita warga Thailand dibunuh dengan mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi jalan Gua Musang-Kuala Berang di sini.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!