Dadah : Anak Mat Sabu dibebaskan


"Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel "



KUALA LUMPUR – Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel dua tahun lalu.


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan yang dikemukakan Ahmad Saiful Islam ,33, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.


Mengikut pertuduhan, Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis THC di sebuah hotel di sini, pukul 2.05 pagi pada 5 Januari 2019.


Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkan perayu dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara selama lapan bulan.


Mohamad Aizat menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Mahkamah pada masa itu mengarahkannya menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta polis sejurus selesai menjalani hukuman penjara itu.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!