Peniaga barang lusuh bakar 3 kereta berdepan hukuman penjara 14 tahun



Peniaga barang lusuh bakar 3 kereta berdepan hukuman penjara 14 tahun

MELAKA – Seorang peniaga barangan lusuh berdepan hukuman penjara 14 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membakar tiga buah kenderaan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Ang Ban Yong, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah melakukan perbuatan membakar menggunakan minyak petrol dengan mengetahui perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan kerosakan kepada harta iaitu tiga buah kenderaan.

Kenderaan tersebut merupakan milik tiga individu yang nilainya melebihi RM50,000 atau lebih.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 10.55 malam di Jalan Jasa Merdeka 18, Taman Datuk Tamby Chik Karim dalam daerah Melaka Tengah, 12 September lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N.Sivashangari mencadangkan jaminan RM15,000 dikenakan terhadap tertuduh.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!