Pasangan kekasih dikompaun RM 4,000 yang berada di tepi pantai


Pasangan kekasih dikompaun RM 4,000 yang berada di tepi pantai


Tindakan berkenaan diambil selepas pemeriksaan rekod suntikan vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera membuktikan dos vaksinasi kedua mereka belum melepasi tempoh matang 14 hari



MELAKA – Sepasang kekasih yang berada di tepi Pantai Puteri dikompaun RM2,000 setiap seorang pada Selasa kerana didapati suntikan vaksinasi mereka belum melepasi tempoh matang 14 hari.


Pegawai Turus Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Deputi Superintendan Nik Ab Halim Nikmat berkata, pasangan berusia 30-an itu antara 28 individu yang dikenakan kompaun dalam Op Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).


Menurutnya, tindakan berkenaan diambil selepas pemeriksaan rekod suntikan vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera membuktikan dos vaksinasi kedua mereka belum melepasi tempoh matang 14 hari.


"Mereka sedar kehadiran polis yang sedang membuat operasi pematuhan dan tidak melarikan diri," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.


Tambahnya, sehingga Selasa lalu, sebanyak RM94,500 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar SOP.


"Antara kesalahan yang dilakukan termasuk beriadah namun tidak cukup dos suntikan vaksin selain tiada penjarakan fizikal semasa makan di kedai," katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!