Dua wanita yang sesat ketika mendaki bukit akan dikompaun


Dua wanita yang sesat ketika mendaki bukit akan dikompaun


Mereka yang berusia 26 dan 29 tahun itu pada awalnya tersesat dan diselamatkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan bomba.


PETALING JAYA – Dua wanita yang sesat ketika mendaki Bukit Saga, Ampang semalam dikenakan kompaun kerana tidak memiliki permit mendaki di kawasan hutan simpan itu.


Mereka yang berusia 26 dan 29 tahun itu pada awalnya tersesat dan diselamatkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan bomba.


Menurut Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1 tengah hari semalam.


“Pihak kami dimaklumkan oleh polis mengenai dua wanita yang dipercayai sesat semasa mendaki di Bukit Saga.


“Mangsa menghubungi pihak keselamatan melalui telefon bimbit dan dijumpai selamat pada pukul 3 petang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau memberitahu, JPNS akan mengenakan kompaun ke atas dua wanita tersebut kerana tidak memiliki permit untuk mendaki di dalam hutan simpan.


Tindakan kompaun dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1985 atas kesalahan tiada permit aktiviti dan melanggar larangan yang telah dikeluarkan oleh JPNS.


JPNS masih lagi menutup semua operasi dan aktiviti di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal.


Tiada sebarang kelulusan permit dikeluarkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2. 


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!