12 remaja lepak sambil hisap dadah dikompaun RM18,000



12 remaja lepak sambil hisap dadah dikompaun RM18,000


“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua suspek tidak tinggal di rumah apartmen tersebut dan hanya menyewa selama satu hari untuk berkumpul dan melepak.


JOHOR BAHRU – Biarpun sudah banyak kali dinasihatkan, namun masih ada yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 di negeri ini.


Tindakan sekumpulan individu termasuk beberapa remaja yang melepaskan gian untuk melepak bersama dengan menyewa sebuah pangsapuri di Jalan Tanjung Puteri, di sini, malam tadi dikenakan kompaun keseluruhan sebanyak RM18,000.


Dalam serbuan pukul 11.30 malam itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menahan 12 individu berusia antara 15 hingga 21 tahun.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, hasil pemeriksaan kediaman itu mendapati sekumpulan lelaki dan perempuan sedang duduk di ruang tamu tanpa ada penjarakan sosial.


“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua suspek tidak tinggal di rumah apartmen tersebut dan hanya menyewa selama satu hari untuk berkumpul dan melepak.


“Suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana tidak mematuhi SOP Fasa 2 PPN.


“Kesemua suspek dikompaun RM1,500 setiap seorang dan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan berjumlah RM18,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd. Padzli berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 20 tahun positif dadah jenis benzo dan ketamin. -K! ONLINE


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!