Ustaz maut dipukul 2 pelajar kerana rampas telefon bimbit

Ustaz maut dipukul 2 pelajar kerana rampas telefon bimbit

"Berang dengan jawapan itu kedua-dua mereka memukul mangsa dengan kayu pada bahagian kepala hingga rebah dan tidak berdaya sebelum melarikan diri. "

Dipercayai berang telefon bimbit dirampas dua pelajar nekad memukul guru agama mereka hingga maut di Pondok Pasantren Darus As Sadah Samarinda Kalimantan Timur, Indonesia.

Mangsa dikenali Edo Hadi Prasetya berusia 43 tahun dipukul pelajarnya sendiri berusia 17 tahun pada Rabu, 5:30 pagi. 

Semasa kejadian 2 suspek menyamar dengan memakai jaket dan topeng monyet.

Menurut keterangan Ketua Siasatan Jenayah Polis Sungai Kunjang, Ipda Bambang motif pembunuhan itu adalah berpunca daripada rampasan telefon bimbit mereka pada waktu sekolah sehari sebelum mangsa dipukul hingga maut.

Semasa kejadian guru agama itu baru selesai menunaikan solat Subuh sebelum didatangi dua orang pelajarnya yang meminta supaya dikembalikan telefon bimbit mereka. 

Mangsa walaubagaimanapun enggan mengembalikan telefon itu kerana bimbang mereka akan mengulangi kesalahan yang sama. 

Berang dengan jawapan itu kedua-dua mereka memukul mangsa dengan kayu pada bahagian kepala hingga rebah dan tidak berdaya sebelum melarikan diri. 

Mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dilaporkan meninggal dunia selepas beberapa jam kemudian. 

Kedua-dua pelajar tersebut berjaya ditangkap atas tuduhan membunuh.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!