Tak Ambil Dos Penggalak, Status Vaksinasi Anda Akan Bertukar Menjadi Tidak Lengkap



Tak Ambil Dos Penggalak, Status Vaksinasi Anda Akan Bertukar Menjadi Tidak Lengkap



"Saya menyeru supaya cepat-cepat dapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 April, jika tidak status vaksinasi anda akan bertukar menjadi tidak lengkap. Saya juga menyeru ibu bapa supaya mendapatkan suntikan vaksin kepada anak-anak anda yang berusia 5 ke 11 tahun agar dapat menikmati lebih banyak kelonggaran SOP serta melindungi diri daripada Covid 19" - KJ


Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran SOP yang telah diputuskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya ialah kontak rapat tidak bergejala yang telah menerima dos penggalak tidak perlu kuarantin diri tetapi jika ada gelaja atau simtom terus asingkan diri atau buat ujian kendiri.

Bagi kontak kasual pula lepas ini tiada lagi perubahan risiko dalam applikasi Mysejahtera sebaliknya anda hanya akan menerima notifikasi pada smartphone masing-masing bagi langkah berjaga-jaga. 

Seterusnya pengembara dari luar negara yang telah mempunyai VTL (Vaccinated Travel Lane) yang daripada Singapura atau dari Langkawi Travel Bubble dan juga pengembara-pengembara dari OSC One Stop Center tak perlu buat ujian harian. 

Tambah KJ, pada bulan Mac 2022 merupakan bulan terakhir bagi penerima vaksin Sinovac dan wargaemas untuk mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak. Kerana selepas ini mulai 1 April 2022, status Mysejahtera akan bertukar menjadi putih iaitu status vaksinasi anda dikira tidak lengkap jika gagal mendapatkan dos penggalak. Oleh itu KJ gesa orang ramai untuk segera mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak supaya tidak terlewat.

"Mulai 1 April ini status vaksinasi lengkap anda akan bertukar kepada tidak lengkap iaitu warna kuning bertukar kepada putih dalam applikasi Mysejahtera anda sekiranya gagal mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak pada bulan Mac 2022. Oleh itu saya seru supaya cepat-cepat dapatkan suntikan dos penggalak"






"Bagi ibubapa yang belum lagi membenarkan anak-anak anda yang berusia 5 hingga 11 tahun mendapatkan suntikan vaksin, boleh walkin sahaja. Dapatkan booster dapatkan vaksin untuk anak-anak anda supaya dapat menikmati lebih banyak kelonggaran SOP dan melindungi diri kita daripada Covid-19"



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!