Lelaki 'terlebih rajin' dilabel pengkianat kepada pekerja lain


Lelaki 'terlebih rajin' dilabel pengkianat kepada pekerja lain


"Kerja 12 jam sehari selama 30 hari, Kerajinan lelaki itu meningkatkan pengeluaran harian syarikat, menjimatkan wang majikannya dalam kos buruh dan meningkatkan penggunaan peralatan."


Beijing: Seorang lelaki di China yang mendapat pujian majikannya dengan bekerja syif 12 jam selama 30 hari sebulan, baru-baru ini, mencetuskan kontroversi di negara asalnya.


Pada 18 Februari, gambar papan iklan berbingkai yang menggambarkan model pekerja cemerlang sebuah syarikat di Zhengzhou, Henan tular di media sosial China hingga mencetuskan perdebatan hangat.


Portal Oddity Central melaporkan papan iklan kehormat itu memuji lelaki itu iaitu Xue Lintao kerana bekerja 12 jam sehari selama sebulan hingga mempengaruhi kedua-dua pekerja baharu dan lama melalui tindakannya.


Kerajinan lelaki itu meningkatkan pengeluaran harian syarikat, menjimatkan wang majikannya dalam kos buruh dan meningkatkan penggunaan peralatan.


Tetapi, kebanyakan netizen tidak melihat Xue sebagai contoh sebaliknya sebagai 'pengkhianat' terhadap pekerja yang lain.

Sehari selepas gambarnya tular dalam talian, Xue Lintao menggunakan media sosial menjelaskan perkara itu dengan mendakwa tiada siapa yang memaksanya bekerja 12 jam sehari.


Dia melakukannya secara sukarela kerana gajinya dikira berdasarkan jumlah jam bekerja.


Dakwanya, dia ingin mencari wang lebih dan perlu bekerja lebih masa bagi mendapatkan jumlah sepatutnya.


Lelaki itu berkata, dia tidak perlu hadir di tempat kerja setiap masa dan tugas tertentu tidak begitu sukar.


Xue Lintao menambah, majikannya membenarkan dia mengambil cuti jika dia mahu dan dia mempunyai cuti bergaji selama seminggu setiap suku tahun.


Dia menolak dakwaan majikan mengeksploitasinya.


Bagaimanapun, penjelasan lelaki itu tidak banyak membantu menenangkan rakan sekerja lain dan menganggapnya sebagai sebahagian daripada masalah kerja berlebihan yang terkenal di China.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!