Wanita kahwin dengan lembu kerana percaya suaminya yang meninggal dunia telah bertukar menjadi lembu



Wanita kahwin dengan lembu kerana percaya suaminya yang meninggal dunia telah bertukar menjadi lembu

"Wanita itu mendakwa dia percaya bahawa lembu itu adalah jelmaan suaminya kerana lepas beberapa hari sejak suaminya meninggal dunia, lembu tersebut sering mengekorinya dan menciumnya. Detik itu membuatkannya percaya bahawa suaminya telah dihidupkan semula sebagai seekor lembu. "


Seorang wanita berusia 74 tahun mengemparkan media di seluruh dunia apabila dilaporkan menikahi seekor lembu selepas kematian suaminya. Khim Hang percaya bahawa suaminya yang telah meninggal dunia dilahirkan semula sebagai lembu, oleh itu dia menikahi lembu tersebut untuk kekal bersama dengan suaminya. 


Wanita itu mendakwa dia percaya bahawa lembu itu adalah jelmaan suaminya kerana lepas beberapa hari sejak suaminya meninggal dunia, lembu tersebut sering mengekorinya dan menciumnya. Detik itu membuatkannya percaya bahawa suaminya telah dihidupkan semula sebagai seekor lembu. 


Khang menjaga lembu tersebut sama seperti dia melayani suaminya seperti memberi makan, mandi dan diberi bantal dan selimut ditempat tidur mereka. Khang juga memberitahu anak-anaknya supaya melayani lembu tersebut sama seperti bapa mereka dan jangan sesekali menderhakainya sehingga sampai ajal lembu itu. 


"Saya akan menjaga dan merawatnya hingga ke hujung hayat saya" katanya


95% penduduk di Kemboja adalah beragama Buddha oleh itu mereka kuat mempercayai konsep dihidupkan semula selepas kematian. 


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!